Jumaat, 13 Mei 2011

BILA UMAARA' LEKA DAN ULAMA' HILANG MAKSUD..........

                    " BERSIAP SEDIALAH KAMU DENGAN SEGALA KEKUATAN
                    DAN  KUDA PERANG YANG TANGKAS SUPAYA KAMU DAPAT
kapal musuh mula menunjuk taring.
                       MENGGERUNI   MUSUH-MUSUH ALLAH DAN
                       MUSUH KAMU SENDIRI
                       BEGITU JUGA DENGAN ORANG ORANG LAIN
                      YANG KAMU TIDAK KETAHUI
                       DAN  ALLAH MENGETAHUI NYA "
                                      Pesanan dari   AL-QURAN - ( al- Anfal)

        Bila masa telah tiba.maka berlaku lah apa yang patut berlaku. Tiada apa yang bolih  menghalang. Begitu takdir yang terjadi. Kerajaan islam mula runtuh ,satu per satu Penjajah- penjajah Barat datang bukan sebagai kawan  malah tidak pernah sekumit ruang pun dalam niat mereka untuk bersahabat.Perasaan permusuhan bernyala nyala dari sejak perang salib lagi dan terus berkobar kobar apabila pelayaran mereka merentas kepulauan Melayu. Girang hati mereka ( penjajah kristian barat ) apabila melihat keadaan kerajaan Melayu Islam lemah dan  tidak  bermaya ..Di bumi Semenanjung, lebih awal berlaku penaklukan. .Kerajaan Melaka runtuh setelah tewas pada Portugis. pada 1511.Lasksamana Hang Tuah dan sebilangan besar pendekar pendekar Melaka pada waktu itu, tidak dapat balik dari Petani  untuk menolong pertahankan Melaka.
Kemudian kerakusan bangsa 'barbarian 'barat,  tidak berhenti henti campur tangan  dan mengotori bumi melayu.Pada 1641 Belanda menganas di bumi  Melaka. Kuasa bertukar tangan di antara Portugis dan Belanda.Kerajaan kerajaan islam di alam melayu mulai di ratah.Jihad di kobarkan  tapi kerana tiada maksud besar untuk kepentingan agama , maka mereka tumbang berselerakkan.
belanda dan british berebut meratah tanah alam melayu
Kerajaan Sulu tumbang dengan tragis pada 1915 pada Sepanyol.Kalimantan hilang status kesultanan setelah melalui pergolakkan yang panjang,. Tewas secara ketenteraan pada Belanda pada tahun 1846 lalu H. Von Dewall   lalu dia menjadi administrasi pertama di kalimatan Keadaan berlarut hingga ke sultan terakhir ia itu sultan Alimuddin pada tahun 1910..Akhirnya hilang kesultanan kerajaan  Kutai  Kartanegara setelah dua tahun setelah terbentuknya Repablik Indonesia. pada tahun 1946.Lihat bagaimana liciknya politik jahat barat
Bantahan terhadap Malayan Union
Manakala di sebelah semenanjung, kesultanan Pattani terus berkubur pada tahun 1915 dibawah perjanjian pakatan Siam- Portugis dan Inggeris. Dan tanah Melayu, akhirnya hanya tinggal secebis dan di kenali dengan panggilan MALAYSIA saja. Pecah dan takluk, begitulah amalan mereka. Kepulauan Tanah Melayu akhirnya di pecah pecah dan dibahagi bahagi diantara mereka. Di wujudkan Indonesia, Singapura, Filipina, Malaysia, Burnai  dan selatan Thai-Petanii..
     Dan akhirnya bangsa Melayu diajari untuk berbangga dengan ras kaum masing masing.
Bahasa pun dah terpinggir.
Dah tak ada akar,rotan pun digalas.
Hilang ikatan seagama dan serumpun.Semangat persaudaraan Islam lenyap hingga ke saat nota ini di tulis. Mereka diajari agar mebelakangi Al-Quran dan di gantikan dengan Pancasila di negara baru Indonesia.Rukun Negara di Malaysia.dan masing masing dengan slogan kebangsaannya sendiri. Anak genarasi mereka di pisahi jauh dari tarbiah ulama' islam,Anak anak islam di biayai sepenuh untuk mendapat pendidikan kebudayaan barat di negara negara mereka, yang berasaskan falasafah sekularisme   .Anak anak ini bila kembali ke tanah air,dijadikan sebagai pentadbiran kerajaan, manakala sang lebai, kyiaii dan ulama di hakkan hanya di masjid masjid serta pasentren yang sudah keadaan usang. Wal hasil ranaplah kesejahteraan dan keagungan Tanah Melayu. Tiada bendera salib dikibarkan.Tiada paksaan tukar agama.Tiada laungan 'perang' terhadap Islam, yang ada hanyalah bisikkan halus kemajuan moden.Janji perubahan status kehidupan yang selesa dan bergaya. 
Wal hasil ranaplah kesejahteraan dan keagungan Tanah Melayu. Dan lenyap selama lamanya keagungan Tanah Nusantara Melayu.


Khamis, 27 Januari 2011

'AKAR DAN UMBI " part 2- PERJALANAN MUBALIGHIN ISLAM DI TANAH MELAYU. ..

  Langkah mubalighin  semakin kejap dan deras.,.
   munajat doa semakin merayu......

           " Akar dari perdu kalimah-Nya melurut melilit
             dari lurah goresan aksara melurut melilit
             sulur hati yang beristiqamah kejap melilit
             ke dalam cahaya sujud mencari pangkal hayat
             yang berguguran bagai bertih dari bukit."
                                                  - puisi dari majhul-
  
 Seakan ada usaha yang terancang secara halus  untuk mengaburkan catatan sejarah  perjalanan dakwah islam di Alam Melayu. Usaha yang  ingin mengikis perasaan rohani antara penghuni nusantara dengan ulama-ulama islam dari tanah Arab.dan India. Sebalik nya usaha itu cuba menampilkan satu gambaran yang nostalgia terhadap pengaruhi Hindu di zaman silam.Tangan tangan ghaib yang berniat jahat itu melontarkan sentimen bahawa islam tersebar disini perantaraan mubalghin dari benua India bukan langsung dari orang Arab..Kenyataan ini ada benarnya tapi dengan fahaman yang jauh lebih mulia. Nabi Muhammad saw.yang mulia, walaupun bangsa Arab Quraish, tidak datang sebagai pembawa gagasan kaum atau bangsa.Beliau datang dan melahirkan satu kesatuan yang di gelar ' umat '. Aku dan  kau, sahabat adalah "umat' itu Aku dan engkau adalah seorang Muslim.Itu identiti kita.Dengan itu kita di kenali.bukan dengan ras bangsa.dan kenegaraan.Jangan kau kata "saya islam Malaysia. saya islam India, saya islam Indonesia dan sebagainya,tapi banggakan diri mu sabagai seorang muslim. .Ayoh, Jangan kamu rosakkan dengan perbezaan yang kita miliki tapi pandanglah ,wahai sahabat pada persamaan yang kita miliki bersama. Kalimah suci itu sepatutnya telah mengikat kejap ikatan ummah ini. Ingat! jangan engkau lupa hal ini.Lihat pada buah tembikai walaupun luaran kulitnya beralur-alur tapi didalamnya bersatu serata.sama tiada berulas-ulas.Begitulah keadaan "umat" yang satu. Sejarah telah mencatitkan kebenaran itu.....Imam Abu Qasim Al-Junaid berkata:
               'Sejarah merupakan salah satu  tentera   Allah yang akan menguatkan hati, 
 Lahirnya  Islam di alam melayu telah sampaikan oleh mubalighin dari arab, india dan farsi.Kemudian di kuatkan oleh perkhawinan  diantara raja-raja  islam dikepulauan Melayu. Lihat saja   betapa kuat 
   kesan dari fikir serta risau  mubalighin islam  untuk hidayat umat ,  maka  pada suatu  malam  sebelum keislaman nya,Permaisura ,, beliau telah didatangi Rasulullah dalam mimpi. .Dalam mimpi tersebut , beliau di beritahu bahawa akan tiba esok hari pada waktu asar sebuah kapal dari Jeddah , membawa orang-orang yang akan membawa beliau pada agama yang benar iaitu islam.Maka pada keesokan hari nya , terjadi seperti mana beliau mimpikan.Lalu islam lah Permaisura dan di tukarnama nya pada   Muhammad Shah ditangan mubaligh yang bernama Sayyid Abdul Aziz pada abad ke-14  
Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka
 Sekali  lagi lihatlah pada sejarah islam  di kerajaan Samudera-  Pasai pula..Bagaimana usaha gigih dari seorang  mubaligh yang telah dihantar oleh sharif Mekah iaitu  Sheikh Ismail  Al-Makki.Beliau serta jemaah nya pergi dan singgah di negara Malabar,India sebuah negeri Islam, lalu beliau  ziarah khususi Raja malabar iaitu :sultan  Muhammad yang berketurunan Saidina Abu Bakar,ra .Beliau kemudiannya menyambut ' takaza' ( jemputan ) dan menukar nama nya ' Fakir Muhammad'.Mereka kemudian belayar menuju Pulau Samudera Pasai.untuk urusan dakwah dan tabligh Ketika itu  Samudera Pasai di tadbir oleh Raja Meurah Silo berketurunan dari Khmer Mon ( Campa ).Sebelum bertemu dengan mubalighin islam,Raja meurah Silo telah bermimpi bertemu Rasulullah yang mana dalam mimpinya Nabi saw telah mengajar beliau membaca seluruh Al-Quran da syahadah.Nabi Muhammad s.a.w meludahi ke dalam mulut Raja tersebut. .Apabila rombongan mubalighin menemui beliau  dan mendakwahkan Islam kepada nya,  , maka islam lah beliau serta menukar nama  pada Sultan Malik Al-Salih .Keislaman Samudera -Pasai adalah permulaan islam di Pulau sumatera -Aceh. .Islam telah sampai pada abad  pertama selepas wafat baginda Muhammad saw.iaitu sekitar abad ke- 7. Angin hidayah terus membayu hingga ke tanah semenanjung tanah Melayu..Keislaman  Permaisura adalah salah satu  episode yang besar dalam catatan hidayah Islam tapi bukan keislaman nya merupakan keislaman yang terawal di Malaka dan  bangsa Melayu.

Raja-raja Brunie adalah titisan darah Ahli baiti nabi saw.Mereka telah di islamkan oleh mubalighin dari Taif yang diketuai oleh sharif 'Ali yang gigih berdakwah.Sultan  Brunai yang bernama Awang Betatar telah di islamkan oleh sharif Ali ,lalu menukarkan nama baginda padaSultan Muhammad I.Sharif Ali telah berkhawin dengan anak gadis Bendahara Patih Berabai yang juga adalah anak saudara sultan.Islam telah menjadi agama rasmi hingga sekarang.
Langkah mubalighin kemudian terus menyusur ke arah timor iaitu kepulauan sulu. Mindanao ,luzon.Di Sulu ,Sayid Abdul Aziz yang telah islamkan Permaisura,dan Abu Bakar telah berjaya mengislamkan orang orang sulu. Islam bertapak dari tahun 1450 -1915..Mindanao telah di usahakan oleh " sharif Kebungsuan" yang datang dari Johor.Kemudian di kuatkan oleh seorang tabib yang bernama Karimul Makhdun.Islam di Filipina di terima sebagai rahmat besar kerana kedatangan islam telah banyak memajukan filipina.Mendung mula menutupi kebahagian apabila mereka tumbang pada Sepanyol dan Amerika,.Orang tempatan di paksa memeluk kristian dengan jalan paksaan dan pembunuhan. Kota Manila yang dulu nya bernama "Amanullah" - negeri Allah yang aman telah di jadikan kota kristian.
Kerajaan Besar Kedah yang beragama Buddha di bawah Maharaja Marong Mahawangsa, telah memeluki islam di tangan seorang mubalighin islam yang bernama  Sheikh Abdullah.
Akhirnya , kesimpulannya, alam nusantara adalah tanah dan air orang melayu beragama islam.Jangan ada si khianat ingin untuk memisahkan antara melayu dan islam. Kalau di pisahkan ,maka akan tumbanglah pohon gah bangsa ini. Tercabutlah AKAR dan UMBI nya.Dan layu melayu ini dan hilang lah jatidiri nusa dan bangsa.
                   MAKNA    jasad

        Benar asalku dari tanah
        Lembut dan keras
        Kelembutan mekar dalam adab
                                                       Kepejalan terurai dalam iman
                                                                   Nafasku adalah angin
                                                                   Zarahnya adalah api dan air
                                                         Yang tenang mengalir
                                                         Tetapi berombak
                                                                    Ditiup angin timur
                                                                    Diterjah angin barat
                                        Yang santun dengan tradisi
                                        Yang menua dengan barat
                                        Seperti hujan Poucault
                                        Jasadku ini kawan sebuah sejarah berpanjangan
                                                                    Makna tanda dan lambang
                                                                    Yang tak pernah selesai
                                                                    Kerana asasnya berbeza
                                                                   Tetapi biarlah aku menyusup masuk
                                                                    Kedalam benua kehidupan ini
                                                                    Dalam cuaca yang berbagai bagai
                                                                    Untuk lihat kebenaran
                                                                    Untuk memahami kekuasaan
                                                                    Untuk menghurai kefanaan
                                                                    Dan memahami kejadian
                                                                    Yang maha ajaib
                                                                                                       salleh Yaakob.















Selasa, 4 Januari 2011

'AKAR DAN UMBI" PART 1- PERJALANAN MUBALIGHIN ISLAM DI TANAH MELAYU. ..

BUMI INI -.TANAH DAN AIR INI. ADALAH BUMI NENEK MOYANGKU.
BANGSA INI, MELAYU INI , MEMPUNYAI AKAR  DAN UMBINYA DI SINI, BUKAN DI TANAH ASING.
TIDAK AKAN PUTUS DEK SAING dan TEKANAN. BAK KATA HANG TUAH " TIDAK HILANG MELAYU DI DUNIA".

Tahun 1028. Malah lebih awal lagi, pada abad ke tujuh lagi. Kalimah tauhid sudah mula diucapkan di bumi ini ..Tanda pengesaan pada Allah swt.
Jejak langkah kaki mubaligh-mubaligh sering menjelajahi ke pintu hati bangsa melayu. Langkah mereka santun, bahasa mereka sopan , budi pekerti halus dan niat mereka suci.Mereka inginkan 
keselamatan dan kebahagian untuk bangsa melayu. Matlamat mereka jelas. Untuk mengeluarkan  Melayu dari penghambaan pada makhluk kepada penghambaan pada Allah,dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat,dari kezaliman undang-undang manusia kepada keadilan Islam.
Bangsa Melayu  adalah bangsa yang dominan di rantau kepulauan Melayu.Keluasannya merangkumi  pulau jawa,sumatera, semenanjung tanah melayu,kepulauan filipina termasuk sulu dan tawi-tawi , Brunai dan Timor timur.Nusantara meliputi lingungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang melayu. 
Inilah 'Alam Melayu".Mereka serumpun.Mereka menerima Islam lalu membangsakan diri mereka bangsa Melayu.Tiada mereka di gelar orang asing jika berpindah di antara pulau-pulau ini.Bagi mubaligh-mubaligh islam mereka sudah meneroka tanah melayu seawal zaman khalifah M'uawiyah r.a. lagi


Tahun 1325 Ibnu Battutah telah mencatitkan  bahawa Islam telah bertapak di Sumatera.Dua orang ulama Pasai ia itu Amir bin Said Al- Shirazi dan Tajuddin Al- Isfahani sangat gigah dalam kerja-kerja dakwah.Mereka banyak membantu Sultan Malik Al- Zahir dalam pengembangan Islam.

Tahun 1445 : Waktu bertuah dibumi ini.Allah swt menambahi rahmatnya. Raja Kassim , anak isteri pertama Tun Wati, di naikan tahta kerajaan Melaka.Dia menerima Islam dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah. Islam di isytihar sebagai agama resmi dan di anuti rakyat.Mubaligh-mubaligh dihantar ke seluruh rantau di kepulauan Melayu seperti kepulauan Jawa , borneo dan Filipina..Mereka berusaha semata-mata untuk mengembirakan Allah.

Kehidupan orang awam melayu sederhana.Dalam lingkungan istana dan kerajaan ,terdapat ramai cerdik pandai, pahlawan -
pahlawan dan saudagar.Melalui institusi inilah ,mubaligh-mubaligh islam mendapat pertolongan serta sokongan.Mereka berusaha membebaskan manusia daripada cengkaman penjajahan , kejahilan dan kemiskinan.Tiada paksaan.Tiada kekerasan.Berlaianan dengan paderi-paderi barat, mereka bermatlamat  , penjajahan , penguasaan dan pengkristian. .Ramai orang awam terkorban angkara penaklukan dan paksaan tukar agama. Sebelum  kedatangan Islam , zaman ketika itu adalah zaman primitif.Melayu menganuti fahaman animisme.Percaya pada benda dan roh kebendaan.Kemudian ajaran Hindu-Budha kuno membawa sifat kerohanian yaktu penyatuan dgn Brahmin.Wujud jiwa kezuhudan.

Era dominasi Hindu-Buddha berakhir di kepulauan Jawa dengan usaha mubalighin yang di panggil 'Wali Sanga 'atau 'wali songo 'Era ini bermula tahun 1404 hingga tahun 1650.Maulana Malik Ibrahim
wujudkan majlis Dakwah pertama pada tahun 1404 M.
Usaha dakwah berpusat di tiga kawasan di Jawa.Surabaya - Gresik -lamongan di jawa timor. Damak - kudus- Muria di jawa tengah dan Cirebon di Jawa barat.Dengan usaha dakwah,akhirnya lenyaplah pengaruh Hindu-Buddha di Pulau Jawa.Mubalighin-mublighin itu ialah sunan Gresik , sunan Ampel,sunan Bonang ( alat gamelan),sunan Drajat, sunan kudus,sunan Giri, sunan kalijago,sunan Muria dan sunan Gunung Jati.

Zaman ini digelar Zaman Islam.Wujud kerajaan Islam seperti kerajaan Perlak,kerajaan Samudera-Pasai,kerajaan Aceh,kerajaan Demak - mataram,kerajaan Melayu Melaka,kerajaan Brunai,kerajaan Pattani,kerajaan Sulu dan kerajaan Mindanau ( filipina ).

Tahun 1445 :Waktu bertuah.Raja Kassim,anak isteri pertama Tun Wati naik tahta kerajaan Melaka.Dia menerima pertunjuk Allah swt dan memakai nama Sultan Muzaffar Shah.Beliau mengistiharkan Islam sebagai agama resmi.
Keamanan mulai di cemburui.
Tahun 1445 dan 1458 menyaksikan cubaan Siam untuk menakluk bumi Melayu .Di ketuai oleh Awi chakra melalui serangan darat pada tahun 1445 dan oleh Awi Dichu melalui laut pada 1456.Namun kedua-dua serangan tersebut dapat di patah mundurkan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah.Kedaulatan kerajaan Melaka terpelihara. Negara China iktiraf kedaulatan kerajaan Melayu.Hang Li po,anak Maharaja China di hantar bersamaan 500 pengiring ke Melaka.Percapaian ini terjadi adalah di sebab kaerjasama mubalighin Islam dengan Panglima Islam China disana.Ilmu persilatan di bersihkan dari amalan syirik ,sedikit demi sedikit.Mentera-mentera yang jelas syirik di hapuskan dan di ganti dengan doa seta ayat-ayat suci Al-Quran.
.
                    kebenaran besar
   
                                                  yang kukumpul di lopak waktu,
                                                  ah,tak dapat kucurahkan
                                                  air di tempayan diri,
                                                  jadi sekarang
                                                  kaujaringkan jadualku
                                                  dibawah kubah ketika,
                                                  maka kita berjanji             
                                                  tidak akan bertemu
                                                  pada titik atau ruang
                                                  dan kita akan kembara lagi
                                                  mencari janji.
                                      muhammad hj.salleh.







Jumaat, 31 Disember 2010

2011 ` WUJUDKAN SE UTAS HARAPAN DAN CITA-CITA...

   2011....bermula detik masa yang beredar mengikut edaran matahari..Maka ramai lah penghuni kota berpesta sakan..bersorak   sambil menyanyi,berpesta dengan gelak tawa..hanya untuk di terima dunia sebagai "Negara Maju ".Pernah kah  anda terasa malu pada diri sendiri kerana membiarkan diri di perbodohkan oleh perangkap dunia barat.Walhal anda sangat menyimpang jauh dari landasan hidup yang  berpayungkan pimpin Al-Quran?
Sudah pergi ke mana nasihat bapa dan ibu. anda dan kemana sudah anda humban tuhan ALLAH anda ? Marah sekali anda pada paderi kerana ingin memanggil lord mereka Allah.tapi waktu sama anda melupai dan melukai Nya.  Amati lah luah penyair ini....
                                 "kita memilih kepandaian
                                  dalam kebodohan
                                  maka minda kita penuh dengan
                                  kedunguan , kebebalan , dan kejumudan 
                                  menghakis kepandaian,
                                                                               puisi " Bodoh dan Pandai " -( Poul Nanggang )

Begitu dan begini lah bangsa kita.Ada yang bodoh tetapi mengaku pandai.Memang kebodohan mengaibkan .Manakala yang cerdik dipuji-puji.Pandai itu tidak dalam semua aspek dan bodoh tak selama nya bodoh.Akan tetapi lazim nya , banyak yang bodoh mengakui pandai dan jarang yang terasa pandai ingin mengakui bodoh. Maka ayuh ..sahabat..sama-sama kita mengikis saki baki kebodohan kita kita menjadi pandai.Kebodohan ini,  tidak memalukan  diri sekiranya kita berani mengakui diri kita sememangnya bodoh. Apa yang menjadi diri kita bodoh adalah kerana penyimpangan arah kiblat kita..
                                      Jika tuan pergi ke Deli ,
                         Laluan sukar jangan mengalah,
                              Jika lah tuan sayangkan diri,
                          Langkah lah kaki di jalan Allah.
Hasrat dan cita-cita ,adakah dia........

Jom.! aku bawa anda  pada contoh sebenar. Lihat lah bagaimana keinginan dan kesukaan mereka yang berada di jalan pertunjuk...... Dalam kitab Al Munabbihat,Hafiz Ibnu Hajar rah,a, menulis :
                          " Satu ketika Rasullullah saw bersabda; Tiga perkara yang sangat saya cintai didunia ini, 1.- wewangian 2-.wanita 3.- solat sebagai penyejuk mata ku. { disini ,perlu aku memberi sedikit penjelasan tentang nombor  (2.) -wanita.   Wanita di sini bukan bererti Nabi suka sex seperti tuduhan si pasik dan kafir , tapi Nabi ingin mengikis perasaan jahiliah yang masih bersarang dalam dada -dada sahabat bawa kaum wanita adalah mendatangkan  kehinaan dan kerendahan. }  Lantas Saidina Abu Bakar menyahut " Engkau benar, saya juga menyukai 3 perkara. 1,-memandang wajahmu,Rasulullah 2-. mengobankan harta saya demi engkau,.3-. menikahkan putriku dengan mu. Umar berkata "Benar.dan saya juga suka 3 perkara. 1-.memerintahkan kepada kebaikan 2-. mencegah kemungkaran.3-. memakai pakaian yang telah usang.Usman berkata "Benar , dan saya menyukai 3 perkara juga.1.- memberi makan orang yang lapar  2-.memberi pakaian orang yang telanjang.  3-. membaca Al-Quran. 
Saidina Ali berkata " benar, dan saya menyukai 3 perkara. 1.- melayani tetamu. 2-.berpuasa di musim panas 3-.memancung kepala musuh Allah dengan pedang." Setelah mereka semua berkata , muncul Jibril as. lalu berkata." Allah  swt telah mengutusku untuk menceritakan tentang kesukaan ku seandainya aku seorang manusia." Nabi bersabda " Katakanlah.Maka Jibril berkata "Aku menyukai 3 perkara. 1- menunjukkan jalan orang yang sesat 2-. mencintai ahli ibadat yang miskin.3.- membantu kerabat handai yang miskin."Dan Allah menyukai 3 perkara dari hamba-hamba nya.1-, orang yang berkorban di jalan Allah.2- orang yang menanggis setelah melakukan dosa. 3- orang yang bersabar dengan kemiskinan. "

 

        Nah.. Renungi lah cita -cita mereka  dan bandingkan dengan cita-cita anda..Adakah secubit cita -cita kita bersamaan dengan mereka ? Atau anda sudah lama tidak berselera demikian.Nak beri makan orang seperti Saidina Usman yang kaya raya itu?  Apa ?,wang anda dah habis mengisi keperluan anda yang besar dan sudah tidak berupaya untuk membantu orang lain ? Apa anda buat ketika saudara islam anda di duga dengan banjir besar bulan lalu. di Kedah? Sibuk berpolitik ,merancang dan berbincang tentang masa depan bangsa melayu?. Sekurang-kurangnya anda sampai di sana berkereta  penuh dengan makanan semampu anda.Di Aceh, orang marah paderi-paderi  kristian mengambil anak islam dan memilihara mereka sebagai anak angkat, walhal anda diam diri , bersembunyi di rumah sambil memanaskan tubuh isteri anda yang manja dan gebu itu.
       2011...Anda terus bersorak ria,......
         dan hasrat serta cita-cita hanyut jadi angan-angan..
 
                                                  kesetian

                                                  aku tidak akan memohon maaf
                                                  kerana tidak setia kepada perasaanmu,
                                                  kepada rancangan politik
                                                  atau kepada mimpimu,

                                                  ini bukan meja perancang kuasa.
                                                  tapi balai didik
                                                  di mana bijaksana menjadi ketua
                                                  di mana bangsa bernaung.

                                                  aku menolakmu
                                                  yang menolak unggul,
                                                  aku menolakmu
                                                  yang menolak manusia lain.

                                                  aku menolakmu, batu kering
                                                  di kampung tamadun.
                                                                                             kajang-muhammad haji salleh.
Aku dah tak larat berbicara.Lebih lama aku rasa begitu berat untuk di pikul.Anda tolonglah aku. Bangkitlah bersama satu hasrat dan cita-cita...Untuk ku , untuk mu ,untuk anak cucu kau dan aku.Hentikan khayalan mu.Sedarlah  mendalam ke dalam lubuk jantung hati mu.Allah menunggu mu.Cita-cita mu ada  di sana.

                                                                

Isnin, 20 Disember 2010

KTM~ INDIAN RAILWAYS ` Nostalgia.dalam detik khuruj fi sabillihi....,

Keretapi Tanah Melayu....
     AS i walkabout...   

                                  Dari  Johor Bahru  sampai Padang Besar,
                                       Singgah bersolat di stesen Taiping,
                                 Sungguh meluas hidayah tersebar,
                                        Tujuan  berdakwah itu lah yang penting..
   

  Keretapi Tanah Melayu.....

TANJONG PAGAR RAILWAYS STATION
   Terlintas secara nakal dalam benak aku,di antara' Belacan's Balik Pulau dengan Keretapi Tanah Melayu, mana satu akan bakal bertahan sebagai "the last Malay existing heritage " .Yang dapat aku saksikan  adalah kepupusannya.Stesen Tanjung Pagar dah hilang, tak wujud lagi.Dulu , ia adalah pintu masuk ke Malaysia melalui selatan. Keretapi Malaysia lambat berkembang walhal sudah banyak budi baktinya kepada rakyat dan kerajaan Malaysia.Banyak perkara di Malaysia mengalami nasib yang sama  seperti keretapi Tanah  Melayu. Terbiar dan di biarkan. Kalau hendak diambil kira,sebanyak mana aku telah menaiki KTM, bolehlah aku berdabek dada  bahawa  telah mengembara dengan keretapi dari Tanjong Pagar di Singapura hingga ke Chang Mai, Thailand.
Perkara yang masih dalam ingatan aku ialah ' ayam percik' yang di beli melalui tingkap di stesen  Hatyai. Ayam yang dipotong setengah itu di sepit dengan buluh dan aku merasai nya pada waktu itu  tersangatlah sedap.Aku merasa kesal kerana tidak membeli lebih dari satu.  Lumrahnya memang begitu,yang sedikit itu lah yang sedap.Seperkara lagi pada waktu itu,aku kagum dengan persediaan tempat tidur untuk kelas  dua dalam keretapi Penang - Thailand  . Apabila tiba waktu malam sahaja, perkerja keretapi akan datang dan membentangkan tilam di bangku duduk waktu siang dan menukarkannya  menjadi katil dua tingkat .Kain cadar yang baru dan tilam yang selesa.Tambang cukup murah waktu itu ( tahun 1986 ).Hanya RM 50.00 .sampai ke Bangkok.
Aku sampai di stesen Bangkok pada waktu pagi.
Di negara Thailand, keretapi memainkan peranan yang utama.Rakyat mendapat manafaat yang besar.Begitu juga di India.

INDIAN RAILWAYS
Benua India adalah negara keretapi.Rangkaian keretapinya agak meluas malah tidak ketelaluan ,jika dikatakan yang paling banyak ' rail ' didunia. Aku berpeluang untuk merasai khidmat keretapi INDIAN RAILWAYs.  Aku pernah naiki  'Rajdhani Express , Himsagar Express dan nama nama yang tak aku ingat serta peduli..Aku pernah menaiki dari Calcutta menuju ke New Delhi. Dari Bombay menuju ke New Delhi. Dari New Delhi hingga ke Jammu. Dari Hadrat Nizamuddin station ke Amritsa,Punjab, dari New Delhi ke  Guntur, Tamil Madu. dan banyak lagi .Bak kata orang ,  aku naiki keretapi India lebih banyak dari rakyat Malaysia yang berketurunan India  sendiri.Keretapi Tanah Melayu pula , aku banyak mengunakannya  semasa zaman kanak kanak dan remaja.Dah tua tua ini kurang sebab kurang bermusafir .Lagi pula , kini kemudahan banyak. Bas Express pun dah banyak.                                 
                                                                                                                                  
SENTIASA SAJA SESAK.



















beca pun 'full'
Keretapi India memang sesak.Penumpangnya bolih menaiki keretapi hingga sampai ke bumbung.Pernah berlaku satu peristiwa pada tahun 1982 ketika aku berserta tiga rakan sepengajian, bercuti ke Mount Abu. Keretapi kami ditahan dalam perjalanan. Ada mogok petani waktu itu di negeri Rajasthan.Mereka menahan keretapi , lalu mencari
" musuh " mereka lalu membelasah orang itu separuh mati atau pun terus mati.Aku sendiri menyaksikan seorang tua bersama anak kecil dilontar dengan batu yang terdapat di tepi landasan itu.Aku dalam keadaan yang tidak upaya menolong, menonton saja orang tua itu rebah sambil melindungi anak atau cucunya yang bernasib malang kerana berada bersama nya..Sesudah beberapa jam kemudian keretapi kami dapat bergerak semua apabila tentera dapat mengawal keadaan. Mengembara di benua India pada waktu itu sangat seronok.Ini era sebelum Amerika menjajah dunia serta  pemimpin pemimpin  dunia belum di cucuk hidung sepenuhnya.Waktu itu tiada visa, tiada sekatan perjalanan, tambamg murah, ' currency' Malaysia besar dan kita rasa bebas dan selamat.Pandangan di India berbagai bagai corak dan rasa,  mengikut tempat.Orang sebelah utara kebanyakkan lebih maju, bergaya, bersih dan cantik jika dibandingkan dengan orang selatan seperti Tamil Nadu.Kemiskinan tidak bolih di basmi kerana seperti "kami" sering melawak " poverty is cultivate here by the Brahamin for Brahamin " 
Golongan 'Paryas'  adalah aset kekayaan orang atasan yang di pelihara mengikut kasta. Tiada nasib dan masa depan bagi golongan bawahan.Jalan keluar, merantau ke negara luar.Disana nanti ' sumpahan' kasta akan terbatal. Saya kira orang malaysia yang berketurunan india bernasib baik disini.Harap lupakanlah nostagia tanah besar India.Mereka disana tak peduli langsung tentang keturunan kamu di sini.Malah rakanaku yang bernama Raju pun tidak mahu dihubung dengan india disana.Mereka lebih senang di kelaskan sebagai ' malaysian'.Ini realiti.Jangan terpengaruh dengan politikus perkauman. Aku, anak melayu Malaysia.yang tinggal lebih lama di India dari setengah kamu yang berrketurunan India. Mereka mereka yang meniup sentimen keindiaan itu ,aku pasti tak pernah tinggal  di India  secara ' bebas' dan  ' natural' bersama sama  orang biasa mereka.Kesusahan  di sana bukan kesusahan yang sedikit yang dirasai oleh golongan kasta pertengahan dan bawahan.Tidak akan ada seorang pun anak kelahiran malaysia sama ada india ke, melayu ke, lebih lebih lagi cina, yang bolih bertahan menjalani kehidupan di India  sebagai seorang Indian.Semiskin miskin orang India di estet di Malaysia,  pergi ke  Pekan, naiki motor berlaian dengan seorang ' Dean Universiti Perubatan ' di India, yang aku pernah berkunjungi untuk makan ' tengahari', ' hanya memiliki scooter 'made in India'. Aku coretkan sedikit pandangan ini sekadar simpati dengan kaum India yang masih terasa resah dan tak dapat merasa bertuah di lahirkan di Tanah Melayu ini. Jadi jadi lah merunggut.Lupakan keindiaan kamu.Kamu adalah Malaysian.Jangan mengada gada nak sensitif sana sensitif sini.Jangan ditunggangi oleh segelintir politikus yang rakus. Kalau segelintir kamu rasa miskin dan nak salahkan kerajaan melayu, kamu mesti ingat bahawa kemiskinan mereka sama macam sesetengah orang melayu, mereka menjadi miskin pasal tabiat mereka sendiri yang rakus.Orang melayu dulu, mereka ada tanah pusaka, mereka jual.Orang India pun sama, dulu ada yang senang ,pak mak ada tanah, tapi dek kuat minum todi, habis gelang emas dan tanah di jual. Jadi semua sama saja.


 Keretapi Tanah Melayu....
TAMBAK JOHOR
Dulu semasa kecil, bila tiba bulan 12, bulan  cuti sekolah dan bulan musim banjir. Masa cuti sekolah panjang. Masa ini lah berpeluang pergi ke rumah nenek Bulan di Taiping. { Pada orang Johor kalau kita duduk di Penang, mereka  akan panggil kita orang kedah}. Naiki keretapi  bermula dari stesen Johor Baharu. Bagi saya,kena lah menaiki  boat di Tanjung Pengelih, melintas laut ke Changi, Singapura dan lintas balik melalui Tambak Johor masuk  ke Johor Bahru.
stesenJB
  Gerabak ( koc) keretapi jarang kosong.Selalu penuh dan padat. Sama dengan keretapi India,Pada masa itu tidak ada had pembelian tiket dan tidak ada nombor pada kerusi.Free sitting..Bunyi enjin dan ayunan nya yang kasar secara natural akan mendodoi badan yang terlalu letih.Badan akan berlekit peluh dek panas dan debu jalanan.Tingkap boleh dibuka tutup.Apabila menghulur leher keluar,pipi dan kulit muka akan terasa kebas ,di tampar oleh angin ganas. Baju baru ku akan  habis comok dan berdaki..Di setiap stesen bila berhenti, telinga kita akan di santun oleh laungan suara anak melayu, menjual...."Epooook..! Epok! Nasi iii!!! Leemaaak!!!!!
      KINI....Sunyi..masing-masing senyap di bangku sendiri. Goncangan keretapi masih seperti dulu.
Dan gerabak kini di penuhi olih minah-minah dan mamat Tomyam..Aku terasa asing  di      keretapi Tanah Melayu walhal aku adalah penumpang melayu , di bumi melayu..
                           sajak :  sekiranya 
                                               
                                               sekiranya di sebuah pejabat kerajaan
                                               seorang pekerja menikmati
                                               hadiah hujung tahun
                                               dari seorang pemaju
                                               maka adat diri akan meretakkan
                                               ruyung negeri,

                                              sekiranya seorang menteri 
                                              dalam sebuah negeri 
                                              gemar menahan orang
                                              untuk melebihnya
                                              maka kegemaran bukanlah keadilan,
                                              tapi penindasan.
                                                                            muhammad haji solleh
                                                                             17 nov.1995 

 
                                      
 ..akan di sambung.                          
 AND AS THEY TALKABOUT ....
        Ones  may wonder what does  'Keretapi  Tanah Melayu " is all about.? Well,'Keretapi' mean train.' Tanah 'mean  land  which  meant the place where  ones is born and ' Melayu ' is the name of a race that dwelling in Malaysia for generations. If translated, it goes like this "Lands of the Malays' Railways " but, it seem that   the malays  have no more lands nowadays. So it  is known  as " Malaysian Railways "......
         So it makes me think of a story told to me.  He said....." i went to see a  chinese man, and we sat talking.There was a camel plodding past, and i said to him : " what does that make you think of ?." He said : "Food" " But you are not an Arab : since when was camel meat for food " " No , it is not that " said the chinese chap. "you see , everything makes me think of food ".
         Rumi said.....
                           "Sleep comes along 
                            and many thoughts and imaginations
                            to be put out of the mind."
        Lesson  Thought: 
                             Allah, the creator of all, the king of kings, is the one who grants the unity of heart and courage.The unity of the heart is of two kinds. One is natural ie common possessed by non Believers , polytheists and even animals. And other form is that which is granted by Allah and comes about through the blessings of close contact with Allah.And this form ones has to strive.
                             Its a great favour from Allah to have contact with Him.And there is only one way of attaining this contact and that is through following the Shariat  of Islam.The life of Prophet Muhammad saw. 
                   TIP : 
 
      Tanya :   Apakah perbezaan JAMPI dan DOA. Adakah terdapat unsur syirik ?
     Jawab:     Jampi atau mentera adalah kata-kata yg di ucapkan utk keperluan melindungi dari penyakit, godaan syaithan ,dan sebagainya.Kerap kali jampi terdiri dari ucapan asing atau kata -kata yang di anggap sakti. Syirik pula adalah org yg melakukan sesuatu persekutuan kpd Allah swt. dalam apa juda aktiviti harian , terutama sekali dalam berdoa.Syirik lawannya Tauhid.Dlm tauhid kita hanya mengesakan  Allah swt.
 Dlm perbualan bahasa harian,percakapan mempunyai dua maksud.  hakiki  dan majaz . Sebagai contoh nya hakiki :
 Allah swt telah menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dgn subur.  Sebagai contoh majazi : Musim hujan telah menumbuhkan sayur-sayuran itu.
 Dalam contoh diatas , ahli tauhid akan nampak sebutan contoh kedua adalah sebutan majazi saja Ini.kerana , dia yakin Allah lah al-Mu'atsir yakni yg memberi bekas Manakala org yg bukan  ahli tauhid akan ada dalam hatinya,  keyakinan ada kuasa yg lain selain Allah yg dapat ta'tsir ,yang  bekas atau mengadakan sesuatu yg tidak atau meniadakan sesuatu yang ada .. Ini dikata kan syirik.
      Kebanyakkan jampi di M'sia, mentera yg berisi pujaan dewa-dewa seperti mambang tanah ,dewa sange ,puteri 7 beradik dan sebagai nya adalah syirik.. Ini di larang. Jampi yg di perbolehkan ialah dalam bentuk doa dan ini , thabit  dgn hadis Nabi saw
 Amalan yg bolih di amalkan .Di antaranya : 
  1.Jika seorang terkejut oleh sesuatu yg mengganggu perasaan , ucapkan lah..
       " A au'zu bi kalimaa ti llahittammati min gha dho bati hi wa syar ri aa' baa dihi wa min hamazaatis syayaa thiin wa an yah dho ruu n."  Erti nya " Aku berlindung dgn kalimatullah yg sempurna , dari murka nya, kejahatan segala hambanya dan dari gangguan Syaitan2 dan dari kehadiran mereka itu "
 2. Jika takut lalu sesatu tempat , jgn sebut " numpang datuk, anak cucu nak lalu.." 
tapi ucaplah
 " A au'zu bikalimaatillahit tammaati min syarri maa ."khalaq
  Erti :Aku berlindung dgn kalimat Allah yg sempurna, dari kejahatan makhluknya.

O.K.Kita bicara lagi.... illaliqoq.