Sudah pergi ke mana nasihat bapa dan ibu. anda dan kemana sudah anda humban tuhan ALLAH anda ? Marah sekali anda pada paderi kerana ingin memanggil lord mereka Allah.tapi waktu sama anda melupai dan melukai Nya. Amati lah luah penyair ini....
"kita memilih kepandaian
dalam kebodohan
maka minda kita penuh dengan
kedunguan , kebebalan , dan kejumudan
menghakis kepandaian,
puisi " Bodoh dan Pandai " -( Poul Nanggang )
Begitu dan begini lah bangsa kita.Ada yang bodoh tetapi mengaku pandai.Memang kebodohan mengaibkan .Manakala yang cerdik dipuji-puji.Pandai itu tidak dalam semua aspek dan bodoh tak selama nya bodoh.Akan tetapi lazim nya , banyak yang bodoh mengakui pandai dan jarang yang terasa pandai ingin mengakui bodoh. Maka ayuh ..sahabat..sama-sama kita mengikis saki baki kebodohan kita kita menjadi pandai.Kebodohan ini, tidak memalukan diri sekiranya kita berani mengakui diri kita sememangnya bodoh. Apa yang menjadi diri kita bodoh adalah kerana penyimpangan arah kiblat kita..
Jika tuan pergi ke Deli ,
Laluan sukar jangan mengalah,
Jika lah tuan sayangkan diri,
Langkah lah kaki di jalan Allah.
Hasrat dan cita-cita ,adakah dia........
Jom.! aku bawa anda pada contoh sebenar. Lihat lah bagaimana keinginan dan kesukaan mereka yang berada di jalan pertunjuk...... Dalam kitab Al Munabbihat,Hafiz Ibnu Hajar rah,a, menulis :
" Satu ketika Rasullullah saw bersabda; Tiga perkara yang sangat saya cintai didunia ini, 1.- wewangian 2-.wanita 3.- solat sebagai penyejuk mata ku. { disini ,perlu aku memberi sedikit penjelasan tentang nombor (2.) -wanita. Wanita di sini bukan bererti Nabi suka sex seperti tuduhan si pasik dan kafir , tapi Nabi ingin mengikis perasaan jahiliah yang masih bersarang dalam dada -dada sahabat bawa kaum wanita adalah mendatangkan kehinaan dan kerendahan. } Lantas Saidina Abu Bakar menyahut " Engkau benar, saya juga menyukai 3 perkara. 1,-memandang wajahmu,Rasulullah 2-. mengobankan harta saya demi engkau,.3-. menikahkan putriku dengan mu. Umar berkata "Benar.dan saya juga suka 3 perkara. 1-.memerintahkan kepada kebaikan 2-. mencegah kemungkaran.3-. memakai pakaian yang telah usang.Usman berkata "Benar , dan saya menyukai 3 perkara juga.1.- memberi makan orang yang lapar 2-.memberi pakaian orang yang telanjang. 3-. membaca Al-Quran.
Saidina Ali berkata " benar, dan saya menyukai 3 perkara. 1.- melayani tetamu. 2-.berpuasa di musim panas 3-.memancung kepala musuh Allah dengan pedang." Setelah mereka semua berkata , muncul Jibril as. lalu berkata." Allah swt telah mengutusku untuk menceritakan tentang kesukaan ku seandainya aku seorang manusia." Nabi bersabda " Katakanlah.Maka Jibril berkata "Aku menyukai 3 perkara. 1- menunjukkan jalan orang yang sesat 2-. mencintai ahli ibadat yang miskin.3.- membantu kerabat handai yang miskin."Dan Allah menyukai 3 perkara dari hamba-hamba nya.1-, orang yang berkorban di jalan Allah.2- orang yang menanggis setelah melakukan dosa. 3- orang yang bersabar dengan kemiskinan. "
Nah.. Renungi lah cita -cita mereka dan bandingkan dengan cita-cita anda..Adakah secubit cita -cita kita bersamaan dengan mereka ? Atau anda sudah lama tidak berselera demikian.Nak beri makan orang seperti Saidina Usman yang kaya raya itu? Apa ?,wang anda dah habis mengisi keperluan anda yang besar dan sudah tidak berupaya untuk membantu orang lain ? Apa anda buat ketika saudara islam anda di duga dengan banjir besar bulan lalu. di Kedah? Sibuk berpolitik ,merancang dan berbincang tentang masa depan bangsa melayu?. Sekurang-kurangnya anda sampai di sana berkereta penuh dengan makanan semampu anda.Di Aceh, orang marah paderi-paderi kristian mengambil anak islam dan memilihara mereka sebagai anak angkat, walhal anda diam diri , bersembunyi di rumah sambil memanaskan tubuh isteri anda yang manja dan gebu itu.
2011...Anda terus bersorak ria,......
dan hasrat serta cita-cita hanyut jadi angan-angan..
kesetian
aku tidak akan memohon maaf
kerana tidak setia kepada perasaanmu,
kepada rancangan politik
atau kepada mimpimu,
ini bukan meja perancang kuasa.
tapi balai didik
di mana bijaksana menjadi ketua
di mana bangsa bernaung.
aku menolakmu
yang menolak unggul,
aku menolakmu
yang menolak manusia lain.
aku menolakmu, batu kering
di kampung tamadun.
kajang-muhammad haji salleh.
Aku dah tak larat berbicara.Lebih lama aku rasa begitu berat untuk di pikul.Anda tolonglah aku. Bangkitlah bersama satu hasrat dan cita-cita...Untuk ku , untuk mu ,untuk anak cucu kau dan aku.Hentikan khayalan mu.Sedarlah mendalam ke dalam lubuk jantung hati mu.Allah menunggu mu.Cita-cita mu ada di sana.