Khamis, 27 Januari 2011

'AKAR DAN UMBI " part 2- PERJALANAN MUBALIGHIN ISLAM DI TANAH MELAYU. ..

  Langkah mubalighin  semakin kejap dan deras.,.
   munajat doa semakin merayu......

           " Akar dari perdu kalimah-Nya melurut melilit
             dari lurah goresan aksara melurut melilit
             sulur hati yang beristiqamah kejap melilit
             ke dalam cahaya sujud mencari pangkal hayat
             yang berguguran bagai bertih dari bukit."
                                                  - puisi dari majhul-
  
 Seakan ada usaha yang terancang secara halus  untuk mengaburkan catatan sejarah  perjalanan dakwah islam di Alam Melayu. Usaha yang  ingin mengikis perasaan rohani antara penghuni nusantara dengan ulama-ulama islam dari tanah Arab.dan India. Sebalik nya usaha itu cuba menampilkan satu gambaran yang nostalgia terhadap pengaruhi Hindu di zaman silam.Tangan tangan ghaib yang berniat jahat itu melontarkan sentimen bahawa islam tersebar disini perantaraan mubalghin dari benua India bukan langsung dari orang Arab..Kenyataan ini ada benarnya tapi dengan fahaman yang jauh lebih mulia. Nabi Muhammad saw.yang mulia, walaupun bangsa Arab Quraish, tidak datang sebagai pembawa gagasan kaum atau bangsa.Beliau datang dan melahirkan satu kesatuan yang di gelar ' umat '. Aku dan  kau, sahabat adalah "umat' itu Aku dan engkau adalah seorang Muslim.Itu identiti kita.Dengan itu kita di kenali.bukan dengan ras bangsa.dan kenegaraan.Jangan kau kata "saya islam Malaysia. saya islam India, saya islam Indonesia dan sebagainya,tapi banggakan diri mu sabagai seorang muslim. .Ayoh, Jangan kamu rosakkan dengan perbezaan yang kita miliki tapi pandanglah ,wahai sahabat pada persamaan yang kita miliki bersama. Kalimah suci itu sepatutnya telah mengikat kejap ikatan ummah ini. Ingat! jangan engkau lupa hal ini.Lihat pada buah tembikai walaupun luaran kulitnya beralur-alur tapi didalamnya bersatu serata.sama tiada berulas-ulas.Begitulah keadaan "umat" yang satu. Sejarah telah mencatitkan kebenaran itu.....Imam Abu Qasim Al-Junaid berkata:
               'Sejarah merupakan salah satu  tentera   Allah yang akan menguatkan hati, 
 Lahirnya  Islam di alam melayu telah sampaikan oleh mubalighin dari arab, india dan farsi.Kemudian di kuatkan oleh perkhawinan  diantara raja-raja  islam dikepulauan Melayu. Lihat saja   betapa kuat 
   kesan dari fikir serta risau  mubalighin islam  untuk hidayat umat ,  maka  pada suatu  malam  sebelum keislaman nya,Permaisura ,, beliau telah didatangi Rasulullah dalam mimpi. .Dalam mimpi tersebut , beliau di beritahu bahawa akan tiba esok hari pada waktu asar sebuah kapal dari Jeddah , membawa orang-orang yang akan membawa beliau pada agama yang benar iaitu islam.Maka pada keesokan hari nya , terjadi seperti mana beliau mimpikan.Lalu islam lah Permaisura dan di tukarnama nya pada   Muhammad Shah ditangan mubaligh yang bernama Sayyid Abdul Aziz pada abad ke-14  
Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka
 Sekali  lagi lihatlah pada sejarah islam  di kerajaan Samudera-  Pasai pula..Bagaimana usaha gigih dari seorang  mubaligh yang telah dihantar oleh sharif Mekah iaitu  Sheikh Ismail  Al-Makki.Beliau serta jemaah nya pergi dan singgah di negara Malabar,India sebuah negeri Islam, lalu beliau  ziarah khususi Raja malabar iaitu :sultan  Muhammad yang berketurunan Saidina Abu Bakar,ra .Beliau kemudiannya menyambut ' takaza' ( jemputan ) dan menukar nama nya ' Fakir Muhammad'.Mereka kemudian belayar menuju Pulau Samudera Pasai.untuk urusan dakwah dan tabligh Ketika itu  Samudera Pasai di tadbir oleh Raja Meurah Silo berketurunan dari Khmer Mon ( Campa ).Sebelum bertemu dengan mubalighin islam,Raja meurah Silo telah bermimpi bertemu Rasulullah yang mana dalam mimpinya Nabi saw telah mengajar beliau membaca seluruh Al-Quran da syahadah.Nabi Muhammad s.a.w meludahi ke dalam mulut Raja tersebut. .Apabila rombongan mubalighin menemui beliau  dan mendakwahkan Islam kepada nya,  , maka islam lah beliau serta menukar nama  pada Sultan Malik Al-Salih .Keislaman Samudera -Pasai adalah permulaan islam di Pulau sumatera -Aceh. .Islam telah sampai pada abad  pertama selepas wafat baginda Muhammad saw.iaitu sekitar abad ke- 7. Angin hidayah terus membayu hingga ke tanah semenanjung tanah Melayu..Keislaman  Permaisura adalah salah satu  episode yang besar dalam catatan hidayah Islam tapi bukan keislaman nya merupakan keislaman yang terawal di Malaka dan  bangsa Melayu.

Raja-raja Brunie adalah titisan darah Ahli baiti nabi saw.Mereka telah di islamkan oleh mubalighin dari Taif yang diketuai oleh sharif 'Ali yang gigih berdakwah.Sultan  Brunai yang bernama Awang Betatar telah di islamkan oleh sharif Ali ,lalu menukarkan nama baginda padaSultan Muhammad I.Sharif Ali telah berkhawin dengan anak gadis Bendahara Patih Berabai yang juga adalah anak saudara sultan.Islam telah menjadi agama rasmi hingga sekarang.
Langkah mubalighin kemudian terus menyusur ke arah timor iaitu kepulauan sulu. Mindanao ,luzon.Di Sulu ,Sayid Abdul Aziz yang telah islamkan Permaisura,dan Abu Bakar telah berjaya mengislamkan orang orang sulu. Islam bertapak dari tahun 1450 -1915..Mindanao telah di usahakan oleh " sharif Kebungsuan" yang datang dari Johor.Kemudian di kuatkan oleh seorang tabib yang bernama Karimul Makhdun.Islam di Filipina di terima sebagai rahmat besar kerana kedatangan islam telah banyak memajukan filipina.Mendung mula menutupi kebahagian apabila mereka tumbang pada Sepanyol dan Amerika,.Orang tempatan di paksa memeluk kristian dengan jalan paksaan dan pembunuhan. Kota Manila yang dulu nya bernama "Amanullah" - negeri Allah yang aman telah di jadikan kota kristian.
Kerajaan Besar Kedah yang beragama Buddha di bawah Maharaja Marong Mahawangsa, telah memeluki islam di tangan seorang mubalighin islam yang bernama  Sheikh Abdullah.
Akhirnya , kesimpulannya, alam nusantara adalah tanah dan air orang melayu beragama islam.Jangan ada si khianat ingin untuk memisahkan antara melayu dan islam. Kalau di pisahkan ,maka akan tumbanglah pohon gah bangsa ini. Tercabutlah AKAR dan UMBI nya.Dan layu melayu ini dan hilang lah jatidiri nusa dan bangsa.
                   MAKNA    jasad

        Benar asalku dari tanah
        Lembut dan keras
        Kelembutan mekar dalam adab
                                                       Kepejalan terurai dalam iman
                                                                   Nafasku adalah angin
                                                                   Zarahnya adalah api dan air
                                                         Yang tenang mengalir
                                                         Tetapi berombak
                                                                    Ditiup angin timur
                                                                    Diterjah angin barat
                                        Yang santun dengan tradisi
                                        Yang menua dengan barat
                                        Seperti hujan Poucault
                                        Jasadku ini kawan sebuah sejarah berpanjangan
                                                                    Makna tanda dan lambang
                                                                    Yang tak pernah selesai
                                                                    Kerana asasnya berbeza
                                                                   Tetapi biarlah aku menyusup masuk
                                                                    Kedalam benua kehidupan ini
                                                                    Dalam cuaca yang berbagai bagai
                                                                    Untuk lihat kebenaran
                                                                    Untuk memahami kekuasaan
                                                                    Untuk menghurai kefanaan
                                                                    Dan memahami kejadian
                                                                    Yang maha ajaib
                                                                                                       salleh Yaakob.















Selasa, 4 Januari 2011

'AKAR DAN UMBI" PART 1- PERJALANAN MUBALIGHIN ISLAM DI TANAH MELAYU. ..

BUMI INI -.TANAH DAN AIR INI. ADALAH BUMI NENEK MOYANGKU.
BANGSA INI, MELAYU INI , MEMPUNYAI AKAR  DAN UMBINYA DI SINI, BUKAN DI TANAH ASING.
TIDAK AKAN PUTUS DEK SAING dan TEKANAN. BAK KATA HANG TUAH " TIDAK HILANG MELAYU DI DUNIA".

Tahun 1028. Malah lebih awal lagi, pada abad ke tujuh lagi. Kalimah tauhid sudah mula diucapkan di bumi ini ..Tanda pengesaan pada Allah swt.
Jejak langkah kaki mubaligh-mubaligh sering menjelajahi ke pintu hati bangsa melayu. Langkah mereka santun, bahasa mereka sopan , budi pekerti halus dan niat mereka suci.Mereka inginkan 
keselamatan dan kebahagian untuk bangsa melayu. Matlamat mereka jelas. Untuk mengeluarkan  Melayu dari penghambaan pada makhluk kepada penghambaan pada Allah,dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat,dari kezaliman undang-undang manusia kepada keadilan Islam.
Bangsa Melayu  adalah bangsa yang dominan di rantau kepulauan Melayu.Keluasannya merangkumi  pulau jawa,sumatera, semenanjung tanah melayu,kepulauan filipina termasuk sulu dan tawi-tawi , Brunai dan Timor timur.Nusantara meliputi lingungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang melayu. 
Inilah 'Alam Melayu".Mereka serumpun.Mereka menerima Islam lalu membangsakan diri mereka bangsa Melayu.Tiada mereka di gelar orang asing jika berpindah di antara pulau-pulau ini.Bagi mubaligh-mubaligh islam mereka sudah meneroka tanah melayu seawal zaman khalifah M'uawiyah r.a. lagi


Tahun 1325 Ibnu Battutah telah mencatitkan  bahawa Islam telah bertapak di Sumatera.Dua orang ulama Pasai ia itu Amir bin Said Al- Shirazi dan Tajuddin Al- Isfahani sangat gigah dalam kerja-kerja dakwah.Mereka banyak membantu Sultan Malik Al- Zahir dalam pengembangan Islam.

Tahun 1445 : Waktu bertuah dibumi ini.Allah swt menambahi rahmatnya. Raja Kassim , anak isteri pertama Tun Wati, di naikan tahta kerajaan Melaka.Dia menerima Islam dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah. Islam di isytihar sebagai agama resmi dan di anuti rakyat.Mubaligh-mubaligh dihantar ke seluruh rantau di kepulauan Melayu seperti kepulauan Jawa , borneo dan Filipina..Mereka berusaha semata-mata untuk mengembirakan Allah.

Kehidupan orang awam melayu sederhana.Dalam lingkungan istana dan kerajaan ,terdapat ramai cerdik pandai, pahlawan -
pahlawan dan saudagar.Melalui institusi inilah ,mubaligh-mubaligh islam mendapat pertolongan serta sokongan.Mereka berusaha membebaskan manusia daripada cengkaman penjajahan , kejahilan dan kemiskinan.Tiada paksaan.Tiada kekerasan.Berlaianan dengan paderi-paderi barat, mereka bermatlamat  , penjajahan , penguasaan dan pengkristian. .Ramai orang awam terkorban angkara penaklukan dan paksaan tukar agama. Sebelum  kedatangan Islam , zaman ketika itu adalah zaman primitif.Melayu menganuti fahaman animisme.Percaya pada benda dan roh kebendaan.Kemudian ajaran Hindu-Budha kuno membawa sifat kerohanian yaktu penyatuan dgn Brahmin.Wujud jiwa kezuhudan.

Era dominasi Hindu-Buddha berakhir di kepulauan Jawa dengan usaha mubalighin yang di panggil 'Wali Sanga 'atau 'wali songo 'Era ini bermula tahun 1404 hingga tahun 1650.Maulana Malik Ibrahim
wujudkan majlis Dakwah pertama pada tahun 1404 M.
Usaha dakwah berpusat di tiga kawasan di Jawa.Surabaya - Gresik -lamongan di jawa timor. Damak - kudus- Muria di jawa tengah dan Cirebon di Jawa barat.Dengan usaha dakwah,akhirnya lenyaplah pengaruh Hindu-Buddha di Pulau Jawa.Mubalighin-mublighin itu ialah sunan Gresik , sunan Ampel,sunan Bonang ( alat gamelan),sunan Drajat, sunan kudus,sunan Giri, sunan kalijago,sunan Muria dan sunan Gunung Jati.

Zaman ini digelar Zaman Islam.Wujud kerajaan Islam seperti kerajaan Perlak,kerajaan Samudera-Pasai,kerajaan Aceh,kerajaan Demak - mataram,kerajaan Melayu Melaka,kerajaan Brunai,kerajaan Pattani,kerajaan Sulu dan kerajaan Mindanau ( filipina ).

Tahun 1445 :Waktu bertuah.Raja Kassim,anak isteri pertama Tun Wati naik tahta kerajaan Melaka.Dia menerima pertunjuk Allah swt dan memakai nama Sultan Muzaffar Shah.Beliau mengistiharkan Islam sebagai agama resmi.
Keamanan mulai di cemburui.
Tahun 1445 dan 1458 menyaksikan cubaan Siam untuk menakluk bumi Melayu .Di ketuai oleh Awi chakra melalui serangan darat pada tahun 1445 dan oleh Awi Dichu melalui laut pada 1456.Namun kedua-dua serangan tersebut dapat di patah mundurkan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah.Kedaulatan kerajaan Melaka terpelihara. Negara China iktiraf kedaulatan kerajaan Melayu.Hang Li po,anak Maharaja China di hantar bersamaan 500 pengiring ke Melaka.Percapaian ini terjadi adalah di sebab kaerjasama mubalighin Islam dengan Panglima Islam China disana.Ilmu persilatan di bersihkan dari amalan syirik ,sedikit demi sedikit.Mentera-mentera yang jelas syirik di hapuskan dan di ganti dengan doa seta ayat-ayat suci Al-Quran.
.
                    kebenaran besar
   
                                                  yang kukumpul di lopak waktu,
                                                  ah,tak dapat kucurahkan
                                                  air di tempayan diri,
                                                  jadi sekarang
                                                  kaujaringkan jadualku
                                                  dibawah kubah ketika,
                                                  maka kita berjanji             
                                                  tidak akan bertemu
                                                  pada titik atau ruang
                                                  dan kita akan kembara lagi
                                                  mencari janji.
                                      muhammad hj.salleh.