DAN KUDA PERANG YANG TANGKAS SUPAYA KAMU DAPAT
![]() |
kapal musuh mula menunjuk taring. |
MUSUH KAMU SENDIRI
BEGITU JUGA DENGAN ORANG ORANG LAIN
YANG KAMU TIDAK KETAHUI
DAN ALLAH MENGETAHUI NYA "
Pesanan dari AL-QURAN - ( al- Anfal)
Bila masa telah tiba.maka berlaku lah apa yang patut berlaku. Tiada apa yang bolih menghalang. Begitu takdir yang terjadi. Kerajaan islam mula runtuh ,satu per satu Penjajah- penjajah Barat datang bukan sebagai kawan malah tidak pernah sekumit ruang pun dalam niat mereka untuk bersahabat.Perasaan permusuhan bernyala nyala dari sejak perang salib lagi dan terus berkobar kobar apabila pelayaran mereka merentas kepulauan Melayu. Girang hati mereka ( penjajah kristian barat ) apabila melihat keadaan kerajaan Melayu Islam lemah dan tidak bermaya ..Di bumi Semenanjung, lebih awal berlaku penaklukan. .Kerajaan Melaka runtuh setelah tewas pada Portugis. pada 1511.Lasksamana Hang Tuah dan sebilangan besar pendekar pendekar Melaka pada waktu itu, tidak dapat balik dari Petani untuk menolong pertahankan Melaka.
Kemudian kerakusan bangsa 'barbarian 'barat, tidak berhenti henti campur tangan dan mengotori bumi melayu.Pada 1641 Belanda menganas di bumi Melaka. Kuasa bertukar tangan di antara Portugis dan Belanda.Kerajaan kerajaan islam di alam melayu mulai di ratah.Jihad di kobarkan tapi kerana tiada maksud besar untuk kepentingan agama , maka mereka tumbang berselerakkan.
Kerajaan Sulu tumbang dengan tragis pada 1915 pada Sepanyol.Kalimantan hilang status kesultanan setelah melalui pergolakkan yang panjang,. Tewas secara ketenteraan pada Belanda pada tahun 1846 lalu H. Von Dewall lalu dia menjadi administrasi pertama di kalimatan Keadaan berlarut hingga ke sultan terakhir ia itu sultan Alimuddin pada tahun 1910..Akhirnya hilang kesultanan kerajaan Kutai Kartanegara setelah dua tahun setelah terbentuknya Repablik Indonesia. pada tahun 1946.Lihat bagaimana liciknya politik jahat barat
Manakala di sebelah semenanjung, kesultanan Pattani terus berkubur pada tahun 1915 dibawah perjanjian pakatan Siam- Portugis dan Inggeris. Dan tanah Melayu, akhirnya hanya tinggal secebis dan di kenali dengan panggilan MALAYSIA saja. Pecah dan takluk, begitulah amalan mereka. Kepulauan Tanah Melayu akhirnya di pecah pecah dan dibahagi bahagi diantara mereka. Di wujudkan Indonesia, Singapura, Filipina, Malaysia, Burnai dan selatan Thai-Petanii..
Dan akhirnya bangsa Melayu diajari untuk berbangga dengan ras kaum masing masing.
Hilang ikatan seagama dan serumpun.Semangat persaudaraan Islam lenyap hingga ke saat nota ini di tulis. Mereka diajari agar mebelakangi Al-Quran dan di gantikan dengan Pancasila di negara baru Indonesia.Rukun Negara di Malaysia.dan masing masing dengan slogan kebangsaannya sendiri. Anak genarasi mereka di pisahi jauh dari tarbiah ulama' islam,Anak anak islam di biayai sepenuh untuk mendapat pendidikan kebudayaan barat di negara negara mereka, yang berasaskan falasafah sekularisme .Anak anak ini bila kembali ke tanah air,dijadikan sebagai pentadbiran kerajaan, manakala sang lebai, kyiaii dan ulama di hakkan hanya di masjid masjid serta pasentren yang sudah keadaan usang. Wal hasil ranaplah kesejahteraan dan keagungan Tanah Melayu. Tiada bendera salib dikibarkan.Tiada paksaan tukar agama.Tiada laungan 'perang' terhadap Islam, yang ada hanyalah bisikkan halus kemajuan moden.Janji perubahan status kehidupan yang selesa dan bergaya.
Wal hasil ranaplah kesejahteraan dan keagungan Tanah Melayu. Dan lenyap selama lamanya keagungan Tanah Nusantara Melayu.
![]() |
belanda dan british berebut meratah tanah alam melayu |
![]() |
Bantahan terhadap Malayan Union |
Dan akhirnya bangsa Melayu diajari untuk berbangga dengan ras kaum masing masing.
![]() |
Bahasa pun dah terpinggir. |
![]() |
Dah tak ada akar,rotan pun digalas. |
Wal hasil ranaplah kesejahteraan dan keagungan Tanah Melayu. Dan lenyap selama lamanya keagungan Tanah Nusantara Melayu.